Wednesday, October 27, 2010

Pengenalan

             Winter Camp merupakan program tahunan anjuran IYA Bangalore dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersempena musim sejuk. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai persahabatan dan merapatkan ukhuwah Islamiah di antara mahasiswa International Medical School (IMS) khususnya dan mahasiswa dari lain-lain universiti disamping menimba pengalaman baru. 


             Winter Camp 2010 bakal memaparkan penceramah yang berkaliber, tempat dan pengisian program yang menarik dan bakal menggamit memori. Fokus utama Winter Camp kali ini adalah perkongsian pengalaman dan perkongsian ilmu.


             Ayuh bersama kami membina diri, membina generasi harapan

Monday, October 25, 2010