Tuesday, November 2, 2010

Ingin Menyertai Winter Camp 2010?

 

Assalamualaikum w.b.t..


Selamat datang   ke blog Winter Camp Bangalore 2010

Di sini kami akan perincikan tentang bagaimana anda mendaftarkan diri sebagai peserta..

Dimaklumkan,pendaftaran hanya akan dilakukan secara online mengikut kuota yang ditetapkan untuk setiap batch.  Jika kuota tidak dipenuhi selepas 17 NOVEMBER 2010, kuota tersebut akan dibuka kepada mereka yang berada di pending list. Diperingatkan, keutamaaan tempat diberikan kepada mereka yang menghantar borang pendaftaran paling awal.

Langkah-langkah yang anda harus lakukan.:



5 NOVEMBER 2010 Pendaftaran dibuka.


  1. Download  borang rasmi daripada blog

  1. Lengkapkan borang pendaftaran

  1. Attach file borang pendaftaran  melalui yahoomail @ apa-apa mail dan hantarkan kepada wintercampbangalore2010@yahoo.com  di bawah  tajuk, SUBJECT   tempat dan tahun pengajian/batch. Contoh: IMS, final year, batch 2006)

  1. Lihat status anda (confirmed/pending list) di http://wintercampbangalore2010.blogspot.com/

  1. Setelah penyertaan anda diiktiraf, sila maklumkan dan buat pembayaran deposit Rs 1500 kpd wakil batch sebelum tarikh tutup pendaftaran.

-         1st batch  : Mustakim
-         2nd batch : Mustakim
-         3rd batch : Khairul Naimah
-         4th batch : Rafi
-         5th batch : Ammar

6.  Bagi peserta dari lain-lain universiti anda dibolehkan untuk membayar yuran  penyertaan pada 17 DISEMBER 2010 nanti.


  1. Pembayaran deposit kepada pengurus resort pada 18 NOVEMBER 2010.

  1. Pendaftaran ditutup pada 21 NOVEMBER  2010

  1. Sentiasa mengunjungi blog kami untuk makluman terbaru.


Jika berlaku sebarang penarikan diri selepas tempoh penutupan 21 NOVEMBER  2010, wang deposit anda tidak akan dipulangkan. Hal ini kerana, wang tersebut digunakan untuk menampung jumlah kerugian yang disebabkan  penarikan penyertaan di saat akhir. Jadi, kami ingin ingatkan peserta untuk lebih bertangungjawab dan serius untuk menyertai Winter Camp 2010 ini.



Sebarang masalah sila tinggalkan message anda pada shoutbox kami @ emailkan ke wintercampbangalore2010@yahoo.com.

Sekian.


JUMPA ANDA DI WINTER CAMP EDISI 2010!!! =)

No comments:

Post a Comment