Sunday, December 19, 2010

The End

Alhamdulillah, berakhirnya Winter Camp 2010.


Jutaan  penghargaan kepada Dr. Zulkifli Yusuf, Dr Murizah Mohd Zain, Ustaz Mus'ab Norkefli dan semua Ajk yang menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak lansung. 


                                                                Dr. Zulkifli Yusuf
                                                             Dr Murizah Mohd Zain
                                                               Ustaz Mus'ab Norkefli


Terima kasih kepada anda yang menyertai Winter Camp edisi 2010. Tanpa penyertaan anda tidak mungkin program ini dapat direalisasikan.


                                                                  Peserta lelaki
                                                                Peserta Wanita


Semoga para peserta dapat memanfaatkan input-input yang amat berguna daripada penceramah yang berkaliber untuk masa hadapan terutamanya kita sebagai bakal seorang doktor, pemimpin masyarakat dan hambaNya. Moga-moga memori indah di Yelangiri  kekal tersemat dalam sanubari masing-masing.


Jumpa lagi di Winter Camp pada tahun yang akan datang !!!  =)



Thursday, December 16, 2010

Jadual Pergerakan Peserta Pada Jumaat, 17 December 2010 (Latest Update)





                               6.30-7.30 malam   =  Pendaftaran di Surau IMS
                               7.50 malam            =  Briefing ringkas perjalanan program
                               8.00 malam           =  Bertolak ke Yelangiri

  • Peserta dikehendaki  membawa baki yuran pendaftaran Rs 1500 (bagi yang telah menjelaskan deposit) dan Rs 3000 (bagi yang belum menjelaskan deposit tempoh hari).

  • Anda tidak perlu membawa bagasi semasa pendaftaran tersebut.

  • Peserta wajib  berkumpul di hadapan City Supermarket pada pukul 7.50 malam

  • Pastikan anda solat isya' dirumah masing-masing sebelum bertolak. Waktu isya' sekarang adalah 7.28 malam..

  • Pastikan anda makan malam dahulu sebelum bertolak ke Yelangiri kerana perjalanan ke sana akan mengambil masa 4 jam dan tidak ada kedai sepanjang lebuhraya Tamil Nadu. Pukul 12 lebih  dijangkakan akan sampai jika jalanraya tidak sesak.

  • Jadual pergerakan peserta terpaksa diubah kerana kenderaan 'Tempo' tidak dapat tiba pada pukul 7 malam . Harap maaf diatas kesulitan yang anda hadapi..



Medic For Ummah


Tuesday, December 14, 2010

Jadual Pergerakan Peserta Pada Jumaat, 17 December 2010



                                  5.15-6.00 petang   =  Pendaftaran di Surau IMS
                                  6.00 petang            =  Solat maghrib berjemaah
                                  6.15 -6.45 malam  =  Pendaftaran bersambung
                                  7.00 malam           =  Bertolak ke Yelangiri

  • Peserta dikehendaki  membawa baki yuran pendaftaran Rs 1500 (bagi yang telah menjelaskan deposit) dan Rs 3000 (bagi yang belum menjelaskan deposit tempoh hari).

  • Anda tidak perlu membawa bagasi semasa pendaftaran tersebut.

  • Peserta wajib  berkumpul di hadapan City Supermarket pada pukul 6.50 malam

  • Pastikan anda makan malam dahulu sebelum bertolak ke Yelangiri kerana perjalanan ke sana akan mengambil masa 4 jam dan tidak ada kedai sepanjang lebuhraya Tamil Nadu. Pukul 11 lebih  dijangkakan akan sampai.




Friday, December 10, 2010

Surat Jemputan Winter Camp 2010


Assalamualaikum wbt  


Berikut adalah contoh surat jemputan untuk menyertai  Winter Camp 2010 yang telah dihantar kepada setiap peserta melalui email masing-masing. Kepada peserta yang tidak mendapat surat ini, sila lihat pada folder spam di email anda. Anda tidak perlu risau andaikata tidak juga menerima surat tersebut.


Saudara/saudari,                                                                                               


JEMPUTAN KE PROGRAM WINTER CAMP 2010


Tahniah kepada anda  kerana  berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta Winter Camp 2010 yang bakal berlansung pada 17-19 December 2010 bertempat di Zeenath Taj Garden, Yelagiri, Tamil Nadu.


2. Islamic Youth Association (IYA) Bangalore, buat kali kedua menganjurkan Program Winter Camp 2010 yang bertemakan “Medic For Ummah”. Program ini berkonsepkan ukhuwah dengan pengisian dari pakar perubatan, ustaz dan aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik antaranya seperti night walking, explorace dan lain-lain. Program ini juga merupakan salah satu usaha IYA untuk menyemai dan mengukuhkan kefahaman Islam dalam diri dan rohani setiap peserta.


3. Dimaklumkan kepada semua peserta, jumlah yuran pendaftaran terpaksa dinaikkan kepada Rs 3000. Justeru itu, anda semua akan membayar Rs 1500 pada 17 December nanti (sebelum ini dinyatakan anda hanya perlu membayar baki Rs 1000 sahaja lagi). Hal ini kerana:

           
a)    Pihak syarikat pengangkutan telah menaikkan harga kenderaan 2 minggu lepas kerana memberi alasan 17 Dec adalah cuti umum India bersempena 10 muharram. Tidak ada pemandu yang sanggup bekerja pada hari berkenaan dan tidak ada kenderaan sewa yang akan bergerak pada hari berkenaan. Pihak kami telah menemui beberapa syarikat pengangkutan tetapi jawapan yang diberikan amat menghampakan. Kesemuanya memberi alasan yang sama.


b)   Pihak hotel pula telah menaikkan harga tempahan bilik sebulan yang lepas. Kos penginapan bagi setiap peserta termasuk makanan selama 3 hari 2 malam adalah Rs 2400. Alasan yang diberikan oleh pengurus hotel adalah  permintaan yang terlalu tinggi dari orang tempatan, India.


4. Untuk pengetahuan semua, kami telah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan yuran pendaftaran yang perlu dijelaskan oleh peserta dengan membuat pelbagai jualan pada setiap minggu sepanjang bulan lepas. Namun, hasil jualan tersebut masih lagi tidak dapat menampung kenaikan perbelanjaan akibat perkara-perkara yang telah disebutkan di atas.


5. Kami ingin memohon jutaan kemaafan daripada anda kerana terpaksa menaikkan yuran pendaftaran tersebut di saat-saat akhir.


6. Jadual pergerakan peserta ke Yelagiri akan diumumkan tidak lama lagi. Diharapkan anda  sentiasa mengunjungi web kami ( http://wintercampbangalore2010.blogspot.com/ )
untuk maklumat terbaru..


7. Kepada peserta yang tidak berjaya menyertai program ini, kami juga ingin memohon kemaafan kerana kuota maksimum peserta yang boleh ditampung oleh hotel telah pun penuh. Semoga kita berjumpa lagi di Winter Camp yang akan datang di lokasi yang berbeza, isyaAllah.


Akhir kata, terima kasih kerana  menyertai Winter Camp edisi 2010 ini. Semoga program ini membawa seribu manfaat.
Sekian..





Thursday, December 9, 2010

Senarai Barang-barang Yang Perlu Dibawa oleh Peserta Winter Camp 2010


  1. Terjemahan Al-Quran (untuk bacaan harian, Amazing race, Night walking)
  2. Ma’thurat (bacaan selepas subuh)
  3. Wang yang secukupnya (tidak berlebihan)
  4. Baju sejuk, stoking
  5. Pakaian harian yang secukupnya (tidak ketat dan tidak mendedahkan aurat)
  6. Pakaian untuk solat, sejadah
  7. Pakaian sukan dan mandi
  8. Kasut sukan (untuk Amazing race, Night Walking, Riadah)
  9. Selipar
  10. Torch light (wajib untuk Night walking)
  11. Ubat-ubatan peribadi (anti-motion sickness, paracetamol, inhaler, etc)
  12. Ubat dan berus gigi, sabun mandi, shampoo dan sebagainya
  13. Tuala mandi
  14. Topi andaikata cuaca panas (untuk Amazing Race)
  15. Camera @ video untuk gambar kenangan
  16. Bekalan makanan ringan
  17. Plastic bag untuk pakaian kotor @ basah
  18. Barang-barang lain yang dirasakan perlu