Friday, December 10, 2010

Surat Jemputan Winter Camp 2010


Assalamualaikum wbt  


Berikut adalah contoh surat jemputan untuk menyertai  Winter Camp 2010 yang telah dihantar kepada setiap peserta melalui email masing-masing. Kepada peserta yang tidak mendapat surat ini, sila lihat pada folder spam di email anda. Anda tidak perlu risau andaikata tidak juga menerima surat tersebut.


Saudara/saudari,                                                                                               


JEMPUTAN KE PROGRAM WINTER CAMP 2010


Tahniah kepada anda  kerana  berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta Winter Camp 2010 yang bakal berlansung pada 17-19 December 2010 bertempat di Zeenath Taj Garden, Yelagiri, Tamil Nadu.


2. Islamic Youth Association (IYA) Bangalore, buat kali kedua menganjurkan Program Winter Camp 2010 yang bertemakan “Medic For Ummah”. Program ini berkonsepkan ukhuwah dengan pengisian dari pakar perubatan, ustaz dan aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik antaranya seperti night walking, explorace dan lain-lain. Program ini juga merupakan salah satu usaha IYA untuk menyemai dan mengukuhkan kefahaman Islam dalam diri dan rohani setiap peserta.


3. Dimaklumkan kepada semua peserta, jumlah yuran pendaftaran terpaksa dinaikkan kepada Rs 3000. Justeru itu, anda semua akan membayar Rs 1500 pada 17 December nanti (sebelum ini dinyatakan anda hanya perlu membayar baki Rs 1000 sahaja lagi). Hal ini kerana:

           
a)    Pihak syarikat pengangkutan telah menaikkan harga kenderaan 2 minggu lepas kerana memberi alasan 17 Dec adalah cuti umum India bersempena 10 muharram. Tidak ada pemandu yang sanggup bekerja pada hari berkenaan dan tidak ada kenderaan sewa yang akan bergerak pada hari berkenaan. Pihak kami telah menemui beberapa syarikat pengangkutan tetapi jawapan yang diberikan amat menghampakan. Kesemuanya memberi alasan yang sama.


b)   Pihak hotel pula telah menaikkan harga tempahan bilik sebulan yang lepas. Kos penginapan bagi setiap peserta termasuk makanan selama 3 hari 2 malam adalah Rs 2400. Alasan yang diberikan oleh pengurus hotel adalah  permintaan yang terlalu tinggi dari orang tempatan, India.


4. Untuk pengetahuan semua, kami telah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan yuran pendaftaran yang perlu dijelaskan oleh peserta dengan membuat pelbagai jualan pada setiap minggu sepanjang bulan lepas. Namun, hasil jualan tersebut masih lagi tidak dapat menampung kenaikan perbelanjaan akibat perkara-perkara yang telah disebutkan di atas.


5. Kami ingin memohon jutaan kemaafan daripada anda kerana terpaksa menaikkan yuran pendaftaran tersebut di saat-saat akhir.


6. Jadual pergerakan peserta ke Yelagiri akan diumumkan tidak lama lagi. Diharapkan anda  sentiasa mengunjungi web kami ( http://wintercampbangalore2010.blogspot.com/ )
untuk maklumat terbaru..


7. Kepada peserta yang tidak berjaya menyertai program ini, kami juga ingin memohon kemaafan kerana kuota maksimum peserta yang boleh ditampung oleh hotel telah pun penuh. Semoga kita berjumpa lagi di Winter Camp yang akan datang di lokasi yang berbeza, isyaAllah.


Akhir kata, terima kasih kerana  menyertai Winter Camp edisi 2010 ini. Semoga program ini membawa seribu manfaat.
Sekian..





No comments:

Post a Comment