Winter Camp 2009

Kenangan Terindah Winter Camp 2009


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah  kerana dengan izinNya, program Winter Camp 2009 telah berlansung dengan jayanya. Ia telah diadakan pada 19 hingga 21 Disember 2009 di Zeenath Taj Garden, Yellagiri Hills, Tamil Nadu. Sejumlah 100 orang peserta dari International Medical School (IMS) Bangalore dan lain-lain universiti telah menyertai program ini.


Dua orang penceramah dari Malaysia telah diundang khas iaitu Dr Azizi Ayob dan Ustaz Soberi Awang untuk memberi input tentang asas-asas dalam Islam disamping pendedahan mengenai realiti kerjaya sebagai seorang doktor muslim dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.




Tema program winter camp 2009 ini ialah “A Journey to Embark On”.  Objektif program untuk merapatkan hubungan persaudaraan, kerjasama dan sikap saling membantu di kalangan peserta telah tercapai disamping penghayatan makna Islam dalam kehidupan  dapat diterapkan sepanjang program ini berlansung.